Kadang-kadang bila duduk sendiri,bila kite fikir ape yang kite dah lalui selame ini .. aku rase untuk umur aku dah banyak yang aku lalui ..melihat sendiri bekas teman wanita ku bernikah didepan mata ku sendiri selepas 4 tahun bersama ... selame 4 tahun itu banyak yang ku pelajari ,satu daripada nya ,ku pelajari bahawa jodoh dan pertemuan sudah ditentukan Yang Maha Esa.perhubungan yang ku bina hancur dalam sekelip mata bila dia berpaling arah..datang aku ke hari persandinganya kerana itu yang di minta olehnya ..biar pun berat mata memandang .. kerana cinta yang dalam ku keras kan hati ku yang lemah dan lalukan tugas ku untuk mengambil gambar untuk hari persandingannya..dalam perjalanan dari lapangan terbang ke kampung suami nya di surabaya banyak yang bermain di fikiran ku.. adakah apa yang aku lakukan ini betul ....boleh kah aku terima semua ini .. hanya satu perkara yang membuat hati ku kuat .munkin tiada jodoh kita bersama...hari sebelum nikah ku duduk di tepi kolam di hotelnya memakai kan inai di kakinya. airmata di tahan kerana tidak mahu bersedih di hadapan nya.dia memandang wajah ku lalu berkata ....aku akan di temukan dengan wanita yang lebih baik darinya, yang akan menyayangi diri ini lebih ...dan dia doakan semoga diriku akan berjaya satu hari nanti dalam bidang seni..pada esok nya .. hari itu aku rasa kan bagaikan hari aku akan di hukum mati..bila majlis angkat nikah bermula..aku ingin memekik..tapi mulut tiada berkata..hancur.....hati ku hancur berderai...tidak dapat ku terangkan betapa hampa diri ini...dunia berubah dalam sekelip mata bagi diriku..
aku hidup dalam alam sendiri
pulang ke Singapura
seperti burung hilang sayapnya ..aku hilang arah hidupku.. diri ku di Singapura tapi hati ku masih berada di sana..tiap malm aku teringat2 tentang dirinya ..tentang hari pernikahannya itu.. ia menghantui hidup ku..aku mula ingin bersendirian .. merayap seorang diri...banyak termenung ..aku akan duduk di tepi sungai berjam jam seorang diri.. bagiku sudah tiada cinta lagi.. cinta tidak wujud lagi..bagi ku pada masa itu cinta hanya memakan diri sendiri..
di temukan aku dengan seorang wanita yang baik,yang banyak telah mengubah hidup ku.pada mulanya aku takut... takut akan jikalau kisah akan berulang lagi.. hari demi hari berlalu kita sering berjumpa .berbual-bual tentang kehidupan masing2 .. lebih repat aku dengannya ..perasaan ku berudah menjadi sayang.. perasaan yang aku pernah rasa dulu bersama bekas kekasihku......pada suatu mlm selepas berjumpa denganya ..aku duduk di sungai yang selalu aku duduk bila baru2 pulang dari indonesia.aku berfikir.. adakah sudah sampai masanya aku mulai hidup baru....pada saat itu semua tentang bekas teman wanita ku di fikiran ku ..semuanya dengan tiba-tiba datang kembali ..hari perkawinan nya.. saat dia bernikah,saat dia bersanding.. aku menutup mata ku dan aku berjanji kepada diri ku aku akan tinggalkan semua itu dan aku mahu mulakan hidup baru.. biar ia menjadi satu kenangan dan perlajaaran dalam hidup ku bukan sesuatu yang hanya akan menarik diri ku dari maju kehadapan...
alhamdullilah
diri ku kini penuh dengan cinta dan kasih sayng seorang wanita yang amat ku cintai ..begitu bahagianya hidup ku ini....ku hargai masa-masa ku bersamanya kerana esok adalah rahsia.cintaku ikhlas dari hati.. dia telah mewarnai hidup ku dengan kasih sayang...perassan cinta ,sayang,yang ku fikir tiada lagi pada diri ku telah di bawa kembali pada diri ku oleh dirinya..hari-hari ku indah bersamamu sayang...ku bersyukur ... tiada lebih yang ku minta daripada dirinya hanya kejujuran dalam percintaan..permulaan yang pedih telah berakhir dengan indahan cintaan.semoga berkekalan hingga ke akhir zaman. ...sesungguhnya ku amat mencintai diri nya....................
siti nurkhairiyah
*tuahkayangan*